Alat penuai inovasi ini bertujuan untuk memudahkan kerja penuaian seperti pemangkasan pelepah, tandan dan buah sawit. Alat penuai ini terdiri daripada sebuah badan luar (4) boleh gerak yang mempunyai alur pandu (6), sebuah badan dalam (3) yang mempunyai pin penghenti (5) dan bersambung dengan mata pemotong (1) yang diikat pada badan dalam (3) dengan bolt dan nat (2). Badan luar (4) tersebut boleh ditolak atau ditarik yang mana pergerakannya dihadkan oleh pin penghenti (5) yang ditempatkan dalam lingkungan alur pandu (6). Pergerakan badan luar (4) yang dihadkan oleh pin penghenti (5) adalah bertujuan untuk menambah tenaga pada kerja penuaian menjadikannya lebih mudah, cekap dan berkesan dalam menjalankan kerja-kerja pemangkasan pelepah, tandan dan buah sawit.